Saturday, August 25, 2012

" SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN"

Para pelajar sudah bersemangat untuk memulakan aktiviti senamrobik bersama-sama. 

"Walaupun kami sedikit, tapi kami tetap bersama-sama dengan murid di seluruh Malaysia untuk menjayakan program ini. Apapun, badan sihat, minda cerdas :)"- Para Nembiak SKSB.
"Udah makai nuan?"- PPM Pra Sekolah.
1..2...3...eh, kiri ke kanan ni?
Mari merengang otot tangan, petang nanti kita ada game badminton :)
"eh, ada apa di tapak kasut saya?"- Cikgu Sulai.
"Semua ikut saya! yang di belakang saya ni, tukar tangan tu!"- Cg Langkie.
Ok, lapan, lapan, lapan-lapan lagi...
"Hari ini saya mau berkung fu"
1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia.

Steady Guru Besar!
Hiap!! Ultraman..bertukar!

"Terang betul flash kamera Cg Izam, kena pakai cermin mata hitam lepas ni."- Wilson. S
"Ok, sudah mau selesai.Lepas ni kita ramai-ramai minum sirap!"- PPM, Pn. Magdaline.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam


Minal Aidil Wal Faizin, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin- ikhlas dr warga SKSB.

Saturday, March 26, 2011

Majlis Sambutan dan Perpisahan Guru Besar

Pada 11 Januari yang lalu, satu majlis sambutan dan perpisahan guru besar di SK Sg Bebangan telah diadakan secara serentak. Majlis ini diadakan sempena menyambut kehadiran guru besar baru En. Louis ak Nyelang yang menggantikan guru besar lama En. Juan ak Jugah yang berpindah ke SK Nanga Tiau yang berkuatkuasa pada Januari 2011. Majlis yang diadakan secara sederhana ini agak sedikit beremosi kerana Cikgu Juan telah bersama mengetuai dan mengendalikan sekolah ini. Segala kenangan pahit manis yang dikongsi bersama akan terus dikenang. Walaubagaimanapun, patah tumbuh hilang berganti, dengan kehadiran Cikgu Louis dari SK Nanga Oyan, maka adalah diharap sekolah ini terus ceria dan cemerlang untuk tahun-tahun yang mendatang.
 Cikgu Juan menyampaikan amanat terakhirnya kepada semua warga SKSB berserta para ibu bapa yang hadir pada malam tersebut.
 Ucapan sulung dari Cikgu Louis yang menekankan konsep kerjasama berpasukan dan saling tolong menolong dalam membangunkan sekolah yang tercinta ini.
 Hadiah penghargaan kepada Cikgu Juan yang disampaikan oleh PK1 Cikgu Kuji.
 Gambar kenangan bersama warga SKSB dan ibu bapa.

Cikgu Juan menyampaikan kata-kata & nasihat terakhirnya kepada murid-murid sebelum meninggalkan SKSB. 
Perjalanan terakhir GB Juan Jugah dari SKSB menuju ke sekolah baru di SKNT.

Maka dengan ini, kami warga SKSB ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Juan dan semoga beliau terus sukses di tempat baru. Jasanya akan terus dikenang dan kami mengalu-alukan Cikgu Louis untuk membimbing dan mengetuai kami dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

Aur Revoir!

Tuesday, February 1, 2011

Happy Birthday

Sebelum terlupa dan terlewat, kepada semua warga SKSB mari mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Cikgu Sylvestian Suling yang menyambut hari lahirnya pada 28 Januari yang lalu, moga sukses selalu dan maintain cool. Huurayyy~~

Gong Xi Fa Chai!

Kami warga SKSB ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan Gong Xi Fa Chai kepada semua kaum cina di negara ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails