Monday, May 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Gawai

Kami bagi pihak SK Sungai Bebangan ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak yang menyambut perayaan ini. Akhir kata "Gayu Guru Gerai Nyamai", semoga bergembira selalu.

Friday, May 21, 2010

Sekitar Sambutan Hari Guru 2010

Pada 17 Mei 2010, SK Sg Bebangan telah mengadakan sambutan Hari Guru pada peringkat sekolah. Sambutan ini bermula dengan ucapan wakil murid iaitu dari adik Sherafina Lepha, ucapan Guru Besar, En.Juan Jugah. Bacaan ikrar Hari Guru dari En. Alexius Allang selaku PK Ko dan pembacaan perutusan dari Pengarah Pelajaran Malaysia oleh En. Stephen George selaku PK Hem. Majlis kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia, Pendidik Bumi Kenyalang dan lagu tema Guru Pembina Negara Bangsa. Sebagai penamat kepada majlis formal ini, sebuah kek disediakan sebagai simbolik penghargaan terhadap usaha guru dalam menjalankan tugas sebagai pengajar dan pendidik kepada anak bangsa.
Happy Birthday to us!
Barisan kakitangan SKSB yang khusyuk membaca pamplet Hari Guru sebelum majlis bermula.

Sambutan Hari Guru tidak akan berseri tanpa adanya aktiviti interaktif, maka dengan ini, aktiviti sukaneka telah diadakan dengan murid dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Baung, Jelawat, Empurau dan Kelah. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Baung kerana berjaya menjuarai acara sukaneka pada Hari Guru kali ini. Walaupun aktiviti ini dijalankan secara ringkas dan bersederhana tetapi semua peserta dapat berkongsi perasaan gembira dan teruja dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Diharapkan pada tahun hadapan, aktiviti sihat seperti ini dapat dilaksanakan lagi agar hubungan silaturrahim antara guru, staf dan murid dapat dieratkan. Sekian. Terima Kasih.
Guru, Staf dan Murid masing-masing mengambil bahagian dalam acara sukaneka ini.

Dua 'ekor' zombi kg. Bebangan yang berjaya ditangkap.
Tukang masak tersohor pada malam tersebut, Chef Zaffry dari RH Bebangan Hotel.




Tuesday, May 18, 2010

Selamat Hari Guru


Kami bagi seluruh warga SK Sungai Bebangan ingin  mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang telah banyak berjasa mendidik dan menjalankan tanggungjawab  membangunkan negara. Semoga kita semua memperolehi keberkatan dari tugas ini dan mampu melihat anak-anak didik berjaya menjadi insan yang berguna dimasa hadapan.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti kucurah
Demimu ibu pertiwi
Sumpah kulafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Tuesday, May 4, 2010

Projek Gotong Royong 2


Berikut adalah projek gotong royong PIBG dalam membina sebuah laluan berturap ke bangunan Pra Sekolah. Selama ini jalan ke Pra Sekolah amat lecak dan basah, maka ini menyukarkan ibu bapa dan guru yang pergi ke bangunan tersebut. Maka dengan adanya laluan baru ini, perjalanan ke Pra Sekolah menjadi lebih selesa dan menjimatkan masa. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam gotong royong ini, diharap pada masa hadapan akan ada lebih banyak projek membangunkan kawasan sekolah diadakan.
Progress membina laluan baru mencapai 60 peratus ketika ini.
En. X, yang begitu rajin menunjukkan skill menyimen ketika semua orang sedang berehat di dewan makan.
Laluan yang hampir siap.
En. Sulai yang gigih mengangkut simen, kerja ikhlas walaupun tidak dibayar.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails