Tuesday, September 29, 2009

Bebangan School Scenes

This is an output from our professional photographer, Teacher Ian about the wonderful scenery of SK Sg Bebangan, Kapit. Enjoy the view :)

Daylight Scenery 








Night view scenery








Monday, September 28, 2009

Malam Penutup Kemerdekaan ke-52

Program bulan Kemerdekaan telah diakhiri dengan jayanya dengan aktiviti akhir Malam Penutup Kemerdekaan ke-52 yang berlangsung pada 15 September lalu. Antara pengisian pada malam tersebut adalah ucapan penutup dari guru besar, En.Juan Jugah. Sebelum itu, majlis diisi dengan tayangan patriotisme yang berjudul 'Semangat Merdeka' yang mengisahkan perjalanan kemerdekaan Malaysia yang bermula dari zaman penjajahan sehinggalah kepada pembentukkan Malaysia pada 16 September 1963. Acara kemuncak pada malam itu diteruskan dengan persembahan koir lagu-lagu patriotik daripada para pelajar yang terbahagi kepada empat kumpulan iaitu, Kumpulan Mat Salleh, Mat Kilau, Rentap dan Tok Janggut. Setiap pelajar telah menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi ketika menyanyikan lagu-lagu patriotik. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan kakitangan yang terlibat menjayakan program tersebut. Adalah diharap, ianya dapat diteruskan lagi dengan lebih meriah pada tahun hadapan. 


1 Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.



Para pelajar yang sedang menanti giliran persembahan masing-masing.



Antara yang hadir pada malam tersebut.



Juri professional yang mengadili markah pertandingan (sebenarnya hanya Cikgu Stephen dan Cikgu Clare (tiada dalam gambar) sahaja yang terlibat, Cikgu Is dan Cikgu Tahir  hanya tumpang berposing).



Kumpulan Mat Kilau, anak buah Cikgu Tahir.



Kumpulan Mat Salleh, anak buah Cikgu Ian.



Kumpulan Tok Janggut, anak buah Cikgu Zambri (sebelum ni Cikgu Tarmizi)



Kumpulan Rentap, anak buah Cikgu Is.



Rosita yang kebosanan menanti giliran.


Mesyuarat PIBG kali 1/09

Pada 15 September yang lalu, mesyuarat PIBG kali pertama untuk 2009 telah diadakan. Mesyuarat yang bertempat di kelas Tahun 3 telah dihadiri oleh para ibu bapa, guru dan ajk PIBG bagi membincangkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2009 serta merombak semula keahlian AJK PIBG yang sedia ada. Tahniah diucapkan kepada kepada En. Jimbun yang secara rasminya telah dilantik sebagai YDP yang baru menggantikan En. Kulok Ngang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Kulok berserta mantan ajk 2009 kerana telah menunjukkan khidmat yang cemerlang dan berdedikasi ketika menjalankan tugas. 

Antara ibu bapa yang hadir mengikuti mesyuarat.

Cikgu Ian (baju biru) sedang cuba berposing sebaik mungkin, kerana gambar adalah ihsan dari kamera barunya.

Cikgu Zambri tetap setia dengan bahagian teknikal dan PA System.

Ahli Majlis PIBG. Dari kiri En Nyawai (Tuai Rumah), En. Stephen George (PK HEM), En. Kuji Ungop (PK 1), En. Kulok Ngang (mantan YDP) dan En. Juan Jugah (Guru Besar)

En.Kulok Ngang menyampaikan amanat terakhirnya sebagai YDP PIBG 2009.

Cikgu Ian bersama En. Jimbun iaitu YDP PIBG yang baru bagi sesi 2009/10


Sunday, September 6, 2009

Majlis Doa Selamat UPSR 2009

Sempena UPSR yang bakal tiba, pihak sekolah dengan kerjasama penduduk-penduduk dari RH Nyawai dan Gesang telah mengadakan majlis doa selamat untuk mengharapkan keberkatan kepada calon-calon UPSR. Majlis ini diadakan pada hari Sabtu 5 September 2009. Bermula pada jam 7.30 mlm majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, En. Juan ak Jugah. Kemudian diikuti dengan ucapan dari pengerusi PIBG iaitu En. Kulok ak Ngang. Majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat dari wakil RH Gesang, Cik Sima ak Ugeng. Jamuan pada malam itu, adalah dari sumbangan dari pihak PIBG. Adalah diharapkan semoga para calon dapat memberikan yang terbaik ketika peperiksaan, dan dapat menjawab dengan hati yang tenang.
 
Cikgu Zambri mempromosikan kuih pelita yang dibuatnya. Dijangka akan memasuki pasaran pada bulan puasa tahun hadapan dengan harga RM 1.00, 3 biji.

Guru besar, En. Juan Jugah (Kanan) bersama Tuai Rumah Gesang, En. Gesang (Kiri).

Guru-guru yang turut sama menjayakan majlis bersama penduduk setempat.

YDP PIBG En. Kulok Ngang bersama isteri, berduet bersama untuk memeriahkan majlis. 
 
Para pelajar tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR.

Friday, September 4, 2009

Komik Bebangan

Selamat Berpuasa dan Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

  
Kepada rakan-rakan cikgu yang beragama Islam, selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, semoga tabah menghadapi dugaan di bulan puasa.

How to get to SKSB- an exploracing moment.

Perjalanan bermula dari Bandar Kapit yang menjadi sumber untuk keperluan bahan asas seperti makanan dan bahan bakar.
 
Segala barang keperluan akan dikumpulkan terlebih dahulu sebelum diangkut dengan menggunakan van.

Van merupakan pengangkutan awam rasmi yang membawa penumpang ke sekitar bandar Kapit. Kadar tambang adalah bergantung kepada jarak destinasi yang ditujui. Untuk perjalanan ke sekolah, khidmat van digunakan untuk sampai ke jeti Rumah Tuan dengan kadar tambang RM 4.00 seorang. Tempoh masa dari Bandar Kapit ke Rumah Tuan adalah selama kira-kira setengah jam.

Ini adalah suasana di jeti Rumah Tuan, kami akan menggunakan perkhidmatan perahu panjang untuk ke seberang dengan melintasi Sungai Balleh. Kadar tambang perahu adalah RM 3.00 seorang.

Ini adalah pemandangan di Kem Balak Sutap, di seberang Sungai Balleh adalah jeti Rumah Tuan. Di kawasan ini, talian telefon sudah tidak boleh digunakan.

Kenderaan 4WD merupakan kenderaan rasmi bagi mana-mana sekolah yang menggunakan jalan balak, biasanya setiap kali balik ke sekolah, kereta pasti penuh dengan ration untuk kegunaan di sekolah nanti.

 
Pelbagai permukaan jalan balak yang kering dan berdebu. Di kiri dan kanan jalan hanya dipenuhi dengan pemandangan hutan dan lereng-lereng bukit.

Anak sungai di bawah kaki bukit Sungai Bebangan.

Setelah melalui perjalanan selama beberapa jam, keadaan struktur jalan menjadi semakin teruk dan merbahaya ketika hari hujan.

Kadangkala apabila paras air sungai meningkat, kenderaan tidak boleh melintasi anak sungai untuk masuk ke kawasan sekolah, jadi merentasi sungai adalah antara pilihan yang tinggal. Walaupun hanya separas lutut, tetapi kekuatan arus sungai ini tidak boleh dipandang remeh, tersilap langkah boleh terjatuh dan dihanyutkan arus.

Akhirnya, setelah melalui perjalanan yang panjang dan meletihkan, barulah tiba di perkarangan Sekolah Kebangsaan Sungai Bebangan. Walaupun jauh dan mencabar, tetapi ini semua dilakukan demi untuk mendidik anak bangsa dengan ikhlas.

Wednesday, September 2, 2009

Selamat Berjuang kepada Calon UPSR


Kami seluruh warga SKSB ingin mengucapkan semoga berjaya dan tabah menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal diadakan pada 8-10 September ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan oleh semua pihak dapat membuahkan hasilnya. Adalah diharapkan ini menjadi sebuah langkah permulaan bagi sebuah kejayaan kepada anak-anak didik di Sekolah Kebangsaan Sungai Bebangan. Hadapilah peperiksaan ini dengan tenang dan ingatlah segala pesanan dan ajaran guru.

Tuesday, September 1, 2009

Aktiviti Sekolah

Sempena mengisi takwim yang telah direncanakan, pelbagai aktiviti sekolah telah diadakan sepanjang 8 bulan di tahun 2009 ini. Antara peristiwa yang telah berlaku adalah:

1. Sambutan Hari Guru

BBQ Manuk sebagai santapan malam.

Cikgu Is dan Cikgu Tahir cuba-cuba menyakitkan telinga para pendengar dengan nyanyian yang tidak seberapa :)

Posing 'rock' dari Cikgu Ian dan Cikgu Zambri.

Persediaan rapi sebelum majlis, buah kelapa adalah ihsan dari si pemetik kelapa - En. Stefanus Jan.

Krup krap krup..bunyi Cikgu Zambri mengunyah kepak ayam.

Tukang masak tersohor ketika itu, En. Panggau ak Kutak. Kini dalam kenangan.

2. Gotong Royong Membina Rumah AKS & PPM


Masyarakat setempat yang ringan tulang membantu pihak sekolah membina kediaman staf.

Tinggal giliran Cikgu Is dan Cikgu Rezalman untuk menyambung usaha mengorek lubang!

Cikgu Allang (Kanan) cuba melakukan posing control macho.

Adalah tidak diketahui apakah tujuan Cikgu Tarmizi melepak di situ.

Cikgu Ian yang buat-buat rajin.

Ni adalah pekerja kontraktor terlatih kita, Cikgu Rezalman.

3. Hari Sukaneka Sekolah

Tiga 'dara' pingitan kononnya.

Pelajar harapan 2012.

Main-main air di tengahari.

Permainan Kerusi Beracun yang dimenangi oleh Cikgu Tahir dengan penuh kontroversi.

Pelajar menunjukkan bakat terpendam membuat baju untuk cikgu-cikgu.

Cikgu Tarmizi sedang memberikan kata-kata semangat untuk anak-anak buah.

Empat jenis makhluk asing yang baru mendarat.

"One..Two..Three ..!!Jalai!!!"kata Cikgu Ian dengan bersungguh-sungguh.

Cikgu-cikgu membuat spot cek sebelum pertandingan.

4. Malam Bebangan Idol


Apai dan Indai yang sudah membeli tiket konsert sedang menanti konsert bermula dengan perasaan teruja.

DJ yang diimport khas dari Kuching, Kapit dan Samarahan.

Pentas Bebangan Idol yang tidak kalah dengan Akademik Fantasia dari ASTRO!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails