Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53

Kami mewakili warga SK Sg Bebangan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan, semoga bersama-samalah kita menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. Teruskan usaha membangunkan negara tercinta agar usaha nenek moyang kita tidak dipersiakan.

Aktiviti Bulan Kemerdekaan 2010


Bersempena dengan sambutan kemerdekaan yang ke-53, Panatia Kajian Tempatan dan Sivik dengan kerjasama Panatia Bahasa Melayu dan Panatia Pendidikan Seni Visual SK Sg Bebangan turut bersama-sama memeriahkan bulan kemerdekaan ini dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan bagi memberi pendedahan serta mencungkil bakat murid. Antara aktiviti yang dijalankan adalah murid-murid dikehendaki mencari seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan kenegaraan  Malaysia, sejarah kemerdekaan dan pengetahuan am melalui penyertaan murid untuk kuiz kemerdekaan yang berlangsung sepanjang bulan. Murid-murid juga turut menunjukkan bakat dalam bidang lukisan melalui pertandingan mewarna logo 1 Malaysia bagi tahap 1 dan pertandingan melukis bunga kebangsaan untuk tahap 2. Seterusnya murid turut didedahkan dengan bakat nyanyian melalui pertandingan koir patriotik dengan bimbingan para guru dan staff. Pelaksanaan bulan kemerdekaan ini diakhiri dengan perhimpunan penutupan bulan kemerdekaan yang diadakan pada waktu perhimpunan hari Isnin 30 Ogos 2010. Maka dengan ini, setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti yang bermakna ini. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dan dilaksanakan dengan lebih baik pada tahun hadapan. Sekian, terima kasih.
Abang Richard bersungguh-sungguh memerhatikan adik-adik angkatnya melukis.
Nyanyian lagu tema Hari Kebangsaan - Satu Malaysia & Tanggal 31 Ogos. Nyanyian yang penuh semangat dari murid dan para guru.
Hasil kerja En. Richard yang tak akan diberi hadiah kerana sudah terlebih had umur untuk memasuki pertandingan mewarna.
Cikgu Ian & Cikgu Taher yang sangat komited dalam cubaan menjuarai Pertandingan Koir Patriotik tahun ini.
Umpang & adik kesayangannya.
Cikgu Stephen yang bergaya ala-ala YB ketika membacakan perutusan Perdana Menteri sempena Hari Kemerdekaan yang ke-53 tahun ini.
Kumpulan mentor Pn. Magdaline & Pn. Catherin yang  memenangi tempat ke-3 pertandingan koir patriotik.
Kumpulan mentor Cikgu Ian & Cikgu Taher yang mendapat tempat terakhir, cuba lagi tahun hadapan :)
Kumpulan mentor Cikgu Is & Cikgu Zaffry yang mendapat tempat kedua, adik Emelda begitu bersemangat menyanyikan nyanyian solo lagu Gemuruh.
Kumpulan mentor Pn. Munai dan Cikgu Sulai yang berjaya menjuarai pertandingan koir tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta, walaupun singkat, tetapi semangat yang ditunjukkan amat membanggakan. Semoga terus berjaya di masa hadapan :)

Salam 1 Malaysia
“1 Malaysia Menjana Transformasi”

Laporan oleh:

Thursday, August 12, 2010

Majlis Penangguhan Minggu Motivasi UPSR

Setelah berlangsung selama hampir seminggu, maka tamatlah majlis motivasi UPSR di SK Sg Bebangan dengan jayanya. Semua peserta dilihat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan diharap terus berkekalan sehingga ke hari peperiksaan UPSR yang akan diadakan pada 21 September 2010 kelak. Melalui Majlis Penangguhan UPSR ini, para pelajar telah menunjukkan bakat terpendam masing-masing sama ada dalam bidang akademik mahupun kesenian. Ribuan terima kasih diucapkan kepada wakil dari SK Lubok Baya yang sudi bersama-sama menjayakan program ini. Semoga dimasa akan datang, program yang bermanfaat seumpama ini dapat diteruskan untuk kelangsungan kecemerlangan pencapaian akademik pelajar dan sekolah.

Wajah-wajah ceria Staf dan Guru dari SK Lubok Baya.

"Bersampi meh ke pemujur bala kami dalam peresa UPSR ke ka datai"- ari kami nembiak tahun 6.

Chef undangan dari License to Grill - Chef Agat Mustaan.

Special grill tonight, Chicken Ass. Habis licin tak sampai sejam.

Tarian ngajat yang dipersembahkan oleh pelajar Tahun 6.

Pelajar terbaik kem motivasi Sherafina Lepha, diiringi oleh mantan YDP, En. Wong ak Lanyau.

Persembahan teater dari murid tahun 2, berkisahkan tentang Si Pemotong Kayu yang Jujur. Berikut adalah aksi adik Saran yang tidak mengikut arahan pengarah supaya menghadap penonton :)

sekian, dari

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Kami bagi pihak SKSB ingin mengucapkan salam Ramadhan kepada semua staff SKSB yang beragama Islam, semoga amal ibadah yang diamalkan disepanjang bulan yang mulia ini sentiasa diberkati oleh-Nya.

Monday, August 9, 2010

Minggu Motivasi UPSR

Mulai 09 hingga 12 Ogos 2010, SK Sg Bebangan akan mengadakan Minggu Motivasi UPSR dengan kolaborasi bersama SK Lubok Baya. Program ini bertujuan memupuk persediaan awal murid dalam menghadapi UPSR yang bakal mereka hadapi nanti. Adalah diharapkan semoga Minggu Motivasi ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan seterusnya memberikan kecemerlangan kepada sekolah kelak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails