Friday, November 5, 2010

Bebangan Idol 2010

 Pertandingan Bebangan Idol merupakan acara tahunan yang diadakan untuk mencungkil bakat nyanyian dikalangan murid disamping membina daya kreativiti dan keyakinan diri ketika melakukan persembahan. Bagi pertandingan kali ini, ianya telah diadakan pada 13 Oktober yang lalu di mana ia merupakan acara kemuncak bagi Minggu Kokurikulum SKSB 2010.
Tahniah diucapkan kepada adik Welly Umpang ak Gesang yang telah dinobatkan sebagai Juara Bebangan Idol edisi 2010. Semoga adik Welly terus sukses dan mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan UPSR yang akan diumumkan kelak.

Minggu Kokurikulum 2010

Sepanjang bulan Oktober juga, SKSB turut mengadakan pengisian selepas UPSR dengan pelaksanaan Minggu Kokurikulum (KK) melalui unit KK kendalian Cikgu Alexius Allang. Berikut antara aktiviti yang diadakan disepanjang minggu KK ini:

Senamrobik Pagi
Semua warga SKSB terlibat dalam senamrobik pagi ini di mana masa yang diambil adalah selama setengah jam sebelum memulakan aktiviti KK yang lain.

Projek Rumah Hijau

Bagi Projek Rumah Hijau ini ia melibatkan pembinaan semula struktur rumah hijau disamping menanam semula benih pokok yang telah mati. Tumbuhan di dalam pasu juga turut diselenggara semula bagi memastikan keceriaan Rumah Hijau terpelihara.

Acara Sukaneka dan Permainan Air
Bagi melegakan tekanan selepas peperiksaan, murid-murid diberi peluang untuk sama-sama menyertai Acara Sukaneka antara kumpulan serta mengikuti Permainan Air di sungai berdekatan dengan kawalan sepenuhnya oleh guru dan aks.

Perkhemahan Unit Badan Beruniform
Aktiviti perkhemahan yang dijalankan secara ringkas ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajaran mengenai teknik-teknik asas semasa perkhemahan. Walaupun dengan kelengkapan yang serba kekurangan, pihak sekolah masih mampu menggunakan segala bahan boleh guna yang ada dipersekitaran untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.
Selain berpeluang untuk mempraktikkan kemahiran dalam unit beruniform, murid-murid juga dapat menunjukkan sahsiah diri mereka melalui amalan nilai-nilai murni dan kerjasama berpasukan.

 Pada Hari Perkhemahan juga, murid-murid turut dihiburkan dengan aktiviti unggun api dengan pelbagai persembahan dan telatah daripada murid dan guru yang bersama-sama turut serta memeriahkan suasana pada malam tersebut.
Selain itu, buat pertama kalinya murid-murid dilibatkan dalam Aktiviti Burung Pungguk yang bertujuan memupuk kesedaran diri serta menguji keberanian secara individu. Aktiviti ini dikawal dan dipantau sepenuhnya oleh semua staff SKSB bagi memastikan ianya dapat dijalankan dengan lancar dan selamat.

Walaupun hari perkhemahan diadakan dengan singkat, tetapi reaksi dan kerjasama yang diberikan oleh murid amatlaj memberangsangkan. Oleh yang demikian, diharap pada tahun akan datang pihak sekolah dapat meneruskan hari perkhemahan yang lebih mantap dan lebih baik dari tahun ini.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails