Friday, November 5, 2010

Bebangan Idol 2010

 Pertandingan Bebangan Idol merupakan acara tahunan yang diadakan untuk mencungkil bakat nyanyian dikalangan murid disamping membina daya kreativiti dan keyakinan diri ketika melakukan persembahan. Bagi pertandingan kali ini, ianya telah diadakan pada 13 Oktober yang lalu di mana ia merupakan acara kemuncak bagi Minggu Kokurikulum SKSB 2010.
Tahniah diucapkan kepada adik Welly Umpang ak Gesang yang telah dinobatkan sebagai Juara Bebangan Idol edisi 2010. Semoga adik Welly terus sukses dan mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan UPSR yang akan diumumkan kelak.

Minggu Kokurikulum 2010

Sepanjang bulan Oktober juga, SKSB turut mengadakan pengisian selepas UPSR dengan pelaksanaan Minggu Kokurikulum (KK) melalui unit KK kendalian Cikgu Alexius Allang. Berikut antara aktiviti yang diadakan disepanjang minggu KK ini:

Senamrobik Pagi
Semua warga SKSB terlibat dalam senamrobik pagi ini di mana masa yang diambil adalah selama setengah jam sebelum memulakan aktiviti KK yang lain.

Projek Rumah Hijau

Bagi Projek Rumah Hijau ini ia melibatkan pembinaan semula struktur rumah hijau disamping menanam semula benih pokok yang telah mati. Tumbuhan di dalam pasu juga turut diselenggara semula bagi memastikan keceriaan Rumah Hijau terpelihara.

Acara Sukaneka dan Permainan Air
Bagi melegakan tekanan selepas peperiksaan, murid-murid diberi peluang untuk sama-sama menyertai Acara Sukaneka antara kumpulan serta mengikuti Permainan Air di sungai berdekatan dengan kawalan sepenuhnya oleh guru dan aks.

Perkhemahan Unit Badan Beruniform
Aktiviti perkhemahan yang dijalankan secara ringkas ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajaran mengenai teknik-teknik asas semasa perkhemahan. Walaupun dengan kelengkapan yang serba kekurangan, pihak sekolah masih mampu menggunakan segala bahan boleh guna yang ada dipersekitaran untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.
Selain berpeluang untuk mempraktikkan kemahiran dalam unit beruniform, murid-murid juga dapat menunjukkan sahsiah diri mereka melalui amalan nilai-nilai murni dan kerjasama berpasukan.

 Pada Hari Perkhemahan juga, murid-murid turut dihiburkan dengan aktiviti unggun api dengan pelbagai persembahan dan telatah daripada murid dan guru yang bersama-sama turut serta memeriahkan suasana pada malam tersebut.
Selain itu, buat pertama kalinya murid-murid dilibatkan dalam Aktiviti Burung Pungguk yang bertujuan memupuk kesedaran diri serta menguji keberanian secara individu. Aktiviti ini dikawal dan dipantau sepenuhnya oleh semua staff SKSB bagi memastikan ianya dapat dijalankan dengan lancar dan selamat.

Walaupun hari perkhemahan diadakan dengan singkat, tetapi reaksi dan kerjasama yang diberikan oleh murid amatlaj memberangsangkan. Oleh yang demikian, diharap pada tahun akan datang pihak sekolah dapat meneruskan hari perkhemahan yang lebih mantap dan lebih baik dari tahun ini.


Sunday, October 31, 2010

Aktiviti Bulan Oktober

Berikut adalah antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Oktober 2010.

Minggu Bahasa (05 - 06 Oktober 2010)





Murid-murid membuat pembacaan buku-buku dari pusat sumber. Setiap murid diwajibkan membaca sekurang-kurangnya empat buah buku.




Bacaan dilakukan secara senyap dan kuat, serta murid turut diajukan soalan pemahaman oleh guru.




 Sesi perasmian Minggu Bahasa. Semua murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu tema, Bahasa Jiwa Bangsa, Membaca Amalan Mulia dan Budi Bahasa Budaya Kita.




 Sesi Rally Bacaan yang melibatkan semua murid aliran perdana. 




 Rally bacaan ini turut disertai oleh guru yang sama-sama membaca bersama murid. Rally ini berjaya ditamatkan dalam tempoh 1 jam 30 minit bagi sebuah buku setebal 80 mukasurat.




Kemuncak Minggu Bahasa adalah melalui Pertandingan Intonasi Bacaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Serta pertandingan Spell-It-Right dan Eja-Dengan-Betul.




 Pertandingan kali ini dapat menguji tahap penguasaan murid terhadap tatabahasa serta kemahiran-kemahiran dalam pembelajaran seperti kemahiran mendengar dan bertutur.



Perlaksanaan Minggu Bahasa ini diharap dapat meningkatkan lagi kemahiran murid dalam pembelajaran disamping memupuk minat mereka untuk membaca bagi menambah ilmu pengetahuan secara berterusan.


Wednesday, September 22, 2010

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri

Sempena dengan semangat 1 Malaysia, warga SK Bebangan telah mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di kawasan yang majoritinya bukan beragama Islam dan terdapat pelbagai latar belakang kaum yang berbeza. Walaupun diadakan secara sederhana, tetapi ianya tetap meriah dan semua yang hadir tampak gembira ketika dapat bersama-sama meraikan salah satu perayaan yang utama di Malaysia. Moga hubungan mesra seperti ini dapat dikekalkan dan menjadi satu keunikkan dalam hubungan masyarakat majmuk di negara kita.


Juadah ringkas Rumah Terbuka SKSB yang diimport dari serata Malaysia.

  Peluang bermain bunga api yang jarang-jarang ada di sini, mak dan bapa budak begitu asyik membakar bunga api.

Pengalaman yang jarang-jarang ada, makan kuih raya beramai-ramai di sekolah pedalaman.


Laporan: 
Gambar: 
Cikgu Izam



Majlis Doa Selamat UPSR 2010

Pada 20hb September lalu, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SKSB telah menjayakan Majlis Doa Selamat sempena peperiksaan UPSR yang berlangsung pada 21 hingga 23 September ini. Dengan dihadiri tetamu jemputan dan pengawas peperiksaan majlis ini telah berlangsung dengan lancar dan sempurna. Para hadirin terutamanya pihak ibu bapa pelajar amat berharap agar calon UPSR SKSB kali ini dapat memberikan yang terbaik dalam peperiksaan seterusnya mengharumkan nama keluarga dan sekolah khususnya. Adalah juga diharapkan, majlis berbentuk kerohanian seperti ini dapat memberikan inspirasi dan ketenangan ketika menjawab soalan peperiksaan kelak. Semoga segala usaha dan tunjuk ajar para guru selama ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya kelak.
Sebahagian hadirin yang hadir pada malam majlis tersebut.
 Calon-calon UPSR 2010. Dari kiri (duduk) Noreen ak Tuan (Tamoh), Sherafina Lepha ak Sigan (Lepha), Aina Maseeda ak Sawang (Idut), Emelda Esah ak Janting (Bintang) dan Welly Umpang ak Gesang (Welly). Belakang: Cikgu Is & Cikgu Ang
Guru Besar bersama Penolong Kanan dan Pengawas Peperiksaan. 
Upacara membaca doa. 
 Calon UPSR sedang menerima layan VIP sebelum mereka berjuang dihari peperiksaan.
Para Ibu bapa sedang menikmati juadah yang disediakan oleh pihak sekolah dan PIBG.

Laporan Oleh:

Monday, September 20, 2010

Selamat Menduduki UPSR 2010

Kepada semua calon-calon UPSR 2010 terutamanya di SKSB, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya dan teruskan berjuang untuk kecemerlangan masa hadapan. Kami yakin anda boleh!

Thursday, September 2, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kami warga SK Sg Bebangan, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga  pendidik yang beragama Islam dan selamat bercuti kepada semua komuniti pendidikan. Dengan ucapan tulus ikhlas, Maaf Zahir dan Batin.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails