Kami warga SKSB mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah bagi anak-anak murid dan Selamat Kembali Bertugas kepada para guru dan staff. Aram berngawa enggau manah ba 2010.
Wednesday, December 30, 2009
Wednesday, November 25, 2009
Projek Sekolah 2009
Berikut adalah antara projek-projek masa lapang yang dilaksanakan untuk menceriakan kawasan sekolah. Usaha yang dilakukan dengan ikhlas ini haruslah mendapat pujian kerana ianya menyumbang kepada peningkatan keceriaan sekolah serta menunjukkan komitmen dalam menambahbaik persekitaran sekolah.
Projek Menceriakan Dewan Makan
Murid Tahun 6 yang mencurahkan bakti sebelum meninggalkan sekolah.
Projek Membina Pentas
Partition Pentas yang hampir siap.
Projek Mural
Hasil kerja tangan Cikgu Ian dan Cikgu Stephen.
Projek Papan Tanda Sekolah
Cikgu Ian dan tangan seninya.
Encik Stefanus menunjukkan skil mengukirnya.
Pembersihan semak sebelum menempatkan papan tanda.
Setting tempat untuk kedudukan papan tanda, bersebelahan ialah papan tanda lama SKSB.
Guru Besar mengetuk papan dengan berhati-hati agar tidak merosakkan ukiran.
Gambar kenangan selepas papan tanda didirikan.
Friday, November 20, 2009
Saturday, October 10, 2009
Sukan Sekolah ZAM
Sukan Sekolah Zon Akademik Mujong telah diadakan pada 5-8 Oktober 2009 lepas. SK Sg. Bebangan menghantar kontigen dengan kekuatan seramai 13 orang dan diiring oleh Cikgu Kuji, Cikgu Lian, Cikgu Zam dan 2 orang AKS iaitu Stephanus dan Catherine. Pencapai atlit agak memuaskan dengan 3 emas, 5 perak dan 3 gangsa...bagaimana pun, kedudukan keseluruhan agak sedikit tercorot pada tangga ke-6 daripada 10 buah sekolah yang bertanding.Kita kurang mendapat pingat kerana jumlah acara yang diikuti juga sedikit memandangkan jumlah peserta 13 orang merupakan kontigen yang paling sedikit dalam kejohanan kali ini.. Apa-apa pun, kita bangga dengan pencapaian ini dan berharap pada masa akan datang SK Sg Bebangan akan lebih hebat lagi... sekian,SKSB BOLEH!!!!
Laporan oleh cikgulian
Thursday, October 8, 2009
Training Sukan Zon ZAM
Sempena Sukan Zon ZAM yang sedang berlangsung dan berakhir pada hari Khamis, mari kita imbas semula pemandangan latihan dan pemilihan sukan untuk atlet bagi setiap acara sukan. Terima kasih diucapkan kepada para guru yang bertungkus lumus dan komited dalam melatih pelajar terutamanya kepada Cikgu Stephen dan Cikgu Slyvestian. Semoga pelajar kita mampu memberikan saingan dan membawa pulang pingat ke SKSB. Ganbatte!
Dari kiri: Yan, Ngengat, Simpai, Ladun, Ringin, Saran dan Roni. Bakal-bakal pelapis atlet sekolah di masa depan (kecuali Roni yang telah berpindah mengikut apainya ke sekolah lain).
Murid-murid sedang menanti giliran sebelum pemilihan atlet bermula.
Cikgu Ian yang bersungguh-sungguh memberikan arahan kepada murid.
Sekitar pemandangan proses pemilihan atlet di SKSB.
Wednesday, September 30, 2009
Tuesday, September 29, 2009
Bebangan School Scenes
This is an output from our professional photographer, Teacher Ian about the wonderful scenery of SK Sg Bebangan, Kapit. Enjoy the view :)
Daylight Scenery
Night view scenery
Monday, September 28, 2009
Malam Penutup Kemerdekaan ke-52
Program bulan Kemerdekaan telah diakhiri dengan jayanya dengan aktiviti akhir Malam Penutup Kemerdekaan ke-52 yang berlangsung pada 15 September lalu. Antara pengisian pada malam tersebut adalah ucapan penutup dari guru besar, En.Juan Jugah. Sebelum itu, majlis diisi dengan tayangan patriotisme yang berjudul 'Semangat Merdeka' yang mengisahkan perjalanan kemerdekaan Malaysia yang bermula dari zaman penjajahan sehinggalah kepada pembentukkan Malaysia pada 16 September 1963. Acara kemuncak pada malam itu diteruskan dengan persembahan koir lagu-lagu patriotik daripada para pelajar yang terbahagi kepada empat kumpulan iaitu, Kumpulan Mat Salleh, Mat Kilau, Rentap dan Tok Janggut. Setiap pelajar telah menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi ketika menyanyikan lagu-lagu patriotik. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan kakitangan yang terlibat menjayakan program tersebut. Adalah diharap, ianya dapat diteruskan lagi dengan lebih meriah pada tahun hadapan.
1 Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Para pelajar yang sedang menanti giliran persembahan masing-masing.
Antara yang hadir pada malam tersebut.
Juri professional yang mengadili markah pertandingan (sebenarnya hanya Cikgu Stephen dan Cikgu Clare (tiada dalam gambar) sahaja yang terlibat, Cikgu Is dan Cikgu Tahir hanya tumpang berposing).
Kumpulan Mat Kilau, anak buah Cikgu Tahir.
Kumpulan Mat Salleh, anak buah Cikgu Ian.
Kumpulan Tok Janggut, anak buah Cikgu Zambri (sebelum ni Cikgu Tarmizi)
Kumpulan Rentap, anak buah Cikgu Is.
Rosita yang kebosanan menanti giliran.
Mesyuarat PIBG kali 1/09
Pada 15 September yang lalu, mesyuarat PIBG kali pertama untuk 2009 telah diadakan. Mesyuarat yang bertempat di kelas Tahun 3 telah dihadiri oleh para ibu bapa, guru dan ajk PIBG bagi membincangkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2009 serta merombak semula keahlian AJK PIBG yang sedia ada. Tahniah diucapkan kepada kepada En. Jimbun yang secara rasminya telah dilantik sebagai YDP yang baru menggantikan En. Kulok Ngang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Kulok berserta mantan ajk 2009 kerana telah menunjukkan khidmat yang cemerlang dan berdedikasi ketika menjalankan tugas.
Antara ibu bapa yang hadir mengikuti mesyuarat.
Cikgu Ian (baju biru) sedang cuba berposing sebaik mungkin, kerana gambar adalah ihsan dari kamera barunya.
Ahli Majlis PIBG. Dari kiri En Nyawai (Tuai Rumah), En. Stephen George (PK HEM), En. Kuji Ungop (PK 1), En. Kulok Ngang (mantan YDP) dan En. Juan Jugah (Guru Besar)
Cikgu Ian bersama En. Jimbun iaitu YDP PIBG yang baru bagi sesi 2009/10
Monday, September 21, 2009
Sunday, September 6, 2009
Majlis Doa Selamat UPSR 2009
Sempena UPSR yang bakal tiba, pihak sekolah dengan kerjasama penduduk-penduduk dari RH Nyawai dan Gesang telah mengadakan majlis doa selamat untuk mengharapkan keberkatan kepada calon-calon UPSR. Majlis ini diadakan pada hari Sabtu 5 September 2009. Bermula pada jam 7.30 mlm majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, En. Juan ak Jugah. Kemudian diikuti dengan ucapan dari pengerusi PIBG iaitu En. Kulok ak Ngang. Majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat dari wakil RH Gesang, Cik Sima ak Ugeng. Jamuan pada malam itu, adalah dari sumbangan dari pihak PIBG. Adalah diharapkan semoga para calon dapat memberikan yang terbaik ketika peperiksaan, dan dapat menjawab dengan hati yang tenang.
Cikgu Zambri mempromosikan kuih pelita yang dibuatnya. Dijangka akan memasuki pasaran pada bulan puasa tahun hadapan dengan harga RM 1.00, 3 biji.
Guru besar, En. Juan Jugah (Kanan) bersama Tuai Rumah Gesang, En. Gesang (Kiri).
Guru-guru yang turut sama menjayakan majlis bersama penduduk setempat.
YDP PIBG En. Kulok Ngang bersama isteri, berduet bersama untuk memeriahkan majlis.
Para pelajar tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR.
Friday, September 4, 2009
Selamat Berpuasa dan Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Kepada rakan-rakan cikgu yang beragama Islam, selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, semoga tabah menghadapi dugaan di bulan puasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)