Monday, September 28, 2009

Malam Penutup Kemerdekaan ke-52

Program bulan Kemerdekaan telah diakhiri dengan jayanya dengan aktiviti akhir Malam Penutup Kemerdekaan ke-52 yang berlangsung pada 15 September lalu. Antara pengisian pada malam tersebut adalah ucapan penutup dari guru besar, En.Juan Jugah. Sebelum itu, majlis diisi dengan tayangan patriotisme yang berjudul 'Semangat Merdeka' yang mengisahkan perjalanan kemerdekaan Malaysia yang bermula dari zaman penjajahan sehinggalah kepada pembentukkan Malaysia pada 16 September 1963. Acara kemuncak pada malam itu diteruskan dengan persembahan koir lagu-lagu patriotik daripada para pelajar yang terbahagi kepada empat kumpulan iaitu, Kumpulan Mat Salleh, Mat Kilau, Rentap dan Tok Janggut. Setiap pelajar telah menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi ketika menyanyikan lagu-lagu patriotik. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan kakitangan yang terlibat menjayakan program tersebut. Adalah diharap, ianya dapat diteruskan lagi dengan lebih meriah pada tahun hadapan. 


1 Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.



Para pelajar yang sedang menanti giliran persembahan masing-masing.



Antara yang hadir pada malam tersebut.



Juri professional yang mengadili markah pertandingan (sebenarnya hanya Cikgu Stephen dan Cikgu Clare (tiada dalam gambar) sahaja yang terlibat, Cikgu Is dan Cikgu Tahir  hanya tumpang berposing).



Kumpulan Mat Kilau, anak buah Cikgu Tahir.



Kumpulan Mat Salleh, anak buah Cikgu Ian.



Kumpulan Tok Janggut, anak buah Cikgu Zambri (sebelum ni Cikgu Tarmizi)



Kumpulan Rentap, anak buah Cikgu Is.



Rosita yang kebosanan menanti giliran.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails