Friday, May 21, 2010

Sekitar Sambutan Hari Guru 2010

Pada 17 Mei 2010, SK Sg Bebangan telah mengadakan sambutan Hari Guru pada peringkat sekolah. Sambutan ini bermula dengan ucapan wakil murid iaitu dari adik Sherafina Lepha, ucapan Guru Besar, En.Juan Jugah. Bacaan ikrar Hari Guru dari En. Alexius Allang selaku PK Ko dan pembacaan perutusan dari Pengarah Pelajaran Malaysia oleh En. Stephen George selaku PK Hem. Majlis kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia, Pendidik Bumi Kenyalang dan lagu tema Guru Pembina Negara Bangsa. Sebagai penamat kepada majlis formal ini, sebuah kek disediakan sebagai simbolik penghargaan terhadap usaha guru dalam menjalankan tugas sebagai pengajar dan pendidik kepada anak bangsa.
Happy Birthday to us!
Barisan kakitangan SKSB yang khusyuk membaca pamplet Hari Guru sebelum majlis bermula.

Sambutan Hari Guru tidak akan berseri tanpa adanya aktiviti interaktif, maka dengan ini, aktiviti sukaneka telah diadakan dengan murid dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Baung, Jelawat, Empurau dan Kelah. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Baung kerana berjaya menjuarai acara sukaneka pada Hari Guru kali ini. Walaupun aktiviti ini dijalankan secara ringkas dan bersederhana tetapi semua peserta dapat berkongsi perasaan gembira dan teruja dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Diharapkan pada tahun hadapan, aktiviti sihat seperti ini dapat dilaksanakan lagi agar hubungan silaturrahim antara guru, staf dan murid dapat dieratkan. Sekian. Terima Kasih.
Guru, Staf dan Murid masing-masing mengambil bahagian dalam acara sukaneka ini.

Dua 'ekor' zombi kg. Bebangan yang berjaya ditangkap.
Tukang masak tersohor pada malam tersebut, Chef Zaffry dari RH Bebangan Hotel.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails