Monday, August 30, 2010

Aktiviti Bulan Kemerdekaan 2010


Bersempena dengan sambutan kemerdekaan yang ke-53, Panatia Kajian Tempatan dan Sivik dengan kerjasama Panatia Bahasa Melayu dan Panatia Pendidikan Seni Visual SK Sg Bebangan turut bersama-sama memeriahkan bulan kemerdekaan ini dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan bagi memberi pendedahan serta mencungkil bakat murid. Antara aktiviti yang dijalankan adalah murid-murid dikehendaki mencari seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan kenegaraan  Malaysia, sejarah kemerdekaan dan pengetahuan am melalui penyertaan murid untuk kuiz kemerdekaan yang berlangsung sepanjang bulan. Murid-murid juga turut menunjukkan bakat dalam bidang lukisan melalui pertandingan mewarna logo 1 Malaysia bagi tahap 1 dan pertandingan melukis bunga kebangsaan untuk tahap 2. Seterusnya murid turut didedahkan dengan bakat nyanyian melalui pertandingan koir patriotik dengan bimbingan para guru dan staff. Pelaksanaan bulan kemerdekaan ini diakhiri dengan perhimpunan penutupan bulan kemerdekaan yang diadakan pada waktu perhimpunan hari Isnin 30 Ogos 2010. Maka dengan ini, setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti yang bermakna ini. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dan dilaksanakan dengan lebih baik pada tahun hadapan. Sekian, terima kasih.
Abang Richard bersungguh-sungguh memerhatikan adik-adik angkatnya melukis.
Nyanyian lagu tema Hari Kebangsaan - Satu Malaysia & Tanggal 31 Ogos. Nyanyian yang penuh semangat dari murid dan para guru.
Hasil kerja En. Richard yang tak akan diberi hadiah kerana sudah terlebih had umur untuk memasuki pertandingan mewarna.
Cikgu Ian & Cikgu Taher yang sangat komited dalam cubaan menjuarai Pertandingan Koir Patriotik tahun ini.
Umpang & adik kesayangannya.
Cikgu Stephen yang bergaya ala-ala YB ketika membacakan perutusan Perdana Menteri sempena Hari Kemerdekaan yang ke-53 tahun ini.
Kumpulan mentor Pn. Magdaline & Pn. Catherin yang  memenangi tempat ke-3 pertandingan koir patriotik.
Kumpulan mentor Cikgu Ian & Cikgu Taher yang mendapat tempat terakhir, cuba lagi tahun hadapan :)
Kumpulan mentor Cikgu Is & Cikgu Zaffry yang mendapat tempat kedua, adik Emelda begitu bersemangat menyanyikan nyanyian solo lagu Gemuruh.
Kumpulan mentor Pn. Munai dan Cikgu Sulai yang berjaya menjuarai pertandingan koir tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta, walaupun singkat, tetapi semangat yang ditunjukkan amat membanggakan. Semoga terus berjaya di masa hadapan :)

Salam 1 Malaysia
“1 Malaysia Menjana Transformasi”

Laporan oleh:

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails