Friday, September 4, 2009

How to get to SKSB- an exploracing moment.

Perjalanan bermula dari Bandar Kapit yang menjadi sumber untuk keperluan bahan asas seperti makanan dan bahan bakar.
 
Segala barang keperluan akan dikumpulkan terlebih dahulu sebelum diangkut dengan menggunakan van.

Van merupakan pengangkutan awam rasmi yang membawa penumpang ke sekitar bandar Kapit. Kadar tambang adalah bergantung kepada jarak destinasi yang ditujui. Untuk perjalanan ke sekolah, khidmat van digunakan untuk sampai ke jeti Rumah Tuan dengan kadar tambang RM 4.00 seorang. Tempoh masa dari Bandar Kapit ke Rumah Tuan adalah selama kira-kira setengah jam.

Ini adalah suasana di jeti Rumah Tuan, kami akan menggunakan perkhidmatan perahu panjang untuk ke seberang dengan melintasi Sungai Balleh. Kadar tambang perahu adalah RM 3.00 seorang.

Ini adalah pemandangan di Kem Balak Sutap, di seberang Sungai Balleh adalah jeti Rumah Tuan. Di kawasan ini, talian telefon sudah tidak boleh digunakan.

Kenderaan 4WD merupakan kenderaan rasmi bagi mana-mana sekolah yang menggunakan jalan balak, biasanya setiap kali balik ke sekolah, kereta pasti penuh dengan ration untuk kegunaan di sekolah nanti.

 
Pelbagai permukaan jalan balak yang kering dan berdebu. Di kiri dan kanan jalan hanya dipenuhi dengan pemandangan hutan dan lereng-lereng bukit.

Anak sungai di bawah kaki bukit Sungai Bebangan.

Setelah melalui perjalanan selama beberapa jam, keadaan struktur jalan menjadi semakin teruk dan merbahaya ketika hari hujan.

Kadangkala apabila paras air sungai meningkat, kenderaan tidak boleh melintasi anak sungai untuk masuk ke kawasan sekolah, jadi merentasi sungai adalah antara pilihan yang tinggal. Walaupun hanya separas lutut, tetapi kekuatan arus sungai ini tidak boleh dipandang remeh, tersilap langkah boleh terjatuh dan dihanyutkan arus.

Akhirnya, setelah melalui perjalanan yang panjang dan meletihkan, barulah tiba di perkarangan Sekolah Kebangsaan Sungai Bebangan. Walaupun jauh dan mencabar, tetapi ini semua dilakukan demi untuk mendidik anak bangsa dengan ikhlas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails